insyallah
▶ 18 September, 2018 9:42 AM 0 comment



indahnya ciptaan Allah.

bila melihat rakan seperjuangan aku,
berdiri megah di menara gading,
buat aku tertanya,
samada apa yang aku beri kepada tuhan tidak cukup,
atau mungkin tiada langsung.

melihat engkau di sana membuatkan aku tertanya,
adakah aku boleh kesana atau layakkah aku untuk ke sana?

aku tidak rasa ini benci,
atau cemburu,
atau dengki.
mungkin ini cuma keyakinan aku bercakap,
dan syaitan mula ikut sekali membisik untuk menjatuhkan aku.

mungkin memang aku tidak layak
tapi sedangkan cuaca pun tidak tetap,
jodoh dan ajal pun tidak diketahui,
kenapa aku nak bimbang akan masa depan yang masih kabur itu?

kalau aku boleh tunjukkan bahwa masa silam aku tidak menentukan aku yang sekarang
kenapa aku takut untuk membuat salah kerana masa depan yang kabur?

tetapi ya Allah,
dimana pun aku berdiri,
aku berjalan,
aku ikut,
bimbinglah aku.
berkatilah jalan aku dengan rahman mu.

insyallah,
selamat berpuasa tasu'ah & asyurah semua

1237
190918