sos
▶ 23 April, 2018 11:05 AM 0 comment
terlalu banyak perkataan yang aku nak luahkan. terlalu banyak kisah yang aku nak kongsikan. bukan kerana aku ini sang pendiam bila di alam lain tapi tiada siapa yang berada di sana untuk ku kongsikan semua kebenaran yang ada di jiwa raga.
tatkala aku mencari sesorang aku terlupa akan dia. Dia yang sentiasa melihat dan menunggu kepulangan aku ke pangkuannya. Akhirnya harini aku rebah. Kelemahan pertama aku ternyata, hanya dia sahaja yang bisa mendengar.
bertopengkan kebahagiaan adakah sama dengan bertuhankan penipuan? Hanya kerana seorang kawan, aku takut untuk meluahkan apa yang dirasa. Hanya kerana satu persahabatan, aku lupakan percintaan.
tatkala dia sedang gembira, aku sedar yang aku patut gembira juga. oleh itu, aku marahkan hati aku ini. kenapa begitu lemah dengan benda yang tidak pasti?
aku masih seorang perempuan. Jati diri ku kuat. Ku mampu mengetuai apa apa pun. Tapi, dalam masa yang sama, kerana aku perempuan, hati ku lemah bak kaca. Jika tidak berhati-hati, ia akan mudah pecah. Jika terlalu kuat, ia akan pecah juga.
hari ini, hari untuk aku berubah. Bukan pada tepatnya pukul 12 malam tapi pada saat ini. Pabila aku meluahkan segalanya pada si Dia, air mata aku turun tanpa segan silu buat julung kalinya. Petanda apa? aku pun tidak pasti. Mungkin dah tiba masanya aku lupakan petanda dan hanya hidup dengan sehidupnya.
Insyallah, percaya yang takdir Allah itu indah untuk setiap umatnya. kita membesar, belajar dengan kesilapan sendiri supaya dapat berhenti melakukan kesilapan yang sama.
Insyallah, aku nak berubah.
Insyallah, serpihan hati yang kutip tadi, mampu untuk disambung semula.
Insyallah, aku boleh berubah keranaNya.
Insyallah.
Insyallah.