berat
▶ 23 December, 2017 11:42 AM 2 comment
assalamualaikum

for this entry im writing it specially for someone. aku jarang buat post untuk sesorang. biasanya aku akan buat yang dituju untuk semua orang. tapi kali ni aku kena buat juga sebab nak sampaikan apa yang aku tidak boleh sampaikan secara fizikal.
for you A,
aku suka pandang orang sekeliling bila aku keluar jejalan sebab aku rasa macam aku buat kenalan baru. aku tahu macam pelik, saiko tapi bila jumpa orang sejenis perangai yang kita selalu nampak dalam tv secara live baru aku tahu betapa realnya kehidupan itu. aku tahu aku baru kenal kau sekejap. malah tak sampai setahun pun. aku tak tahulah aku ada hak atau tidak untuk menulis tentang kau tapi aku harap kau boleh baca sampai habis.
walaupun aku baru kenal kau tak cukup setahun lagi tapi aku tak tahulah kenapa dengan kau lah aku paling concern. mungkin sebab aku rasa kau ni lain sikit dari manusia manusia yang aku pernah jumpa. kau ada matlamat kau sendiri dan 'warna' sendiri. tapi aku kekadang geram sebab 'warna' kau itu senang senang orang lain burukkan. kau baik. baik sangat tapi bila orang sekeliling mula bertindak kasar kau pun bertindak kasar. tapi yang aku kagum ialah, kau cepat berubah hati. so sekasar or seburuk mana pun kau, lelama hati kau sedar dan kembali kepada Tuhan.
itu satu kelebihan yang tak semua orang dapat.
kau lah kawan pertama yang aku pernah ada yang tak takut untuk beralah, menyatakan kebenaran. so far sem 2 ni kita gaduh paling banyak walaupun sem ni paling sekejap. bila kau minta maaf dulu aku harap kau tak fikir yang aku ni jenis menunggu orang lain minta maaf dulu kalau buat salah. aku hanya akan berdiam kalau aku rasa orang kedua itulah yang bersalah. tapi kalau aku yang salah, setinggi gunung manapun ego aku, aku akan cuba untuk minta maaf.
aku tak tahu kenapa tapi aku paling benci gaduh dengan kau. tak kisah lah buruk mana pun kita perna buat bersama (amboi lain macam bunyinya) aku palng paling tersangat benci gaduh dengan kau.
sebab bila gaduh dengan kau, muka kau obvious sangat marah!!! akak takut!!!
aku pernah bagitahu sebelum ni (tak taulah mu ingat ke dak) yang aku senang baca muka orang. tak kisah lah orang tu aku dah lama kenal ke baru kenal, dari muka diorang aku dah boleh baca dia dalam situasi macam mana. tapi entah kenapa aku tak anggap benda ni sebagai kelebihan. malah satu kekurangan. bagi aku, kelebihan tu sesuatu yang memberi kesan baik kat sesorang. Tapi benda ni menjadi kekurangan untuk aku sebab aku dapat baca air muka sesorang itu tapi aku tak boleh nak buat apa-apa. aku tak boleh nak bantu. nak pujuk apalagi kan. jadi aku akan mengambil langkah yang paling simple dan tak benefit langsung iaitu dengan berdiam. aku tak suka berdiam tapi apakah daya diri ini seorang penakut.
nevertheless, aku nak minta maaf. maaf sebab buat kau terasa. maaf sebab buat kau menangis. maaf sebab buat kau tak senang duduk. maaf sebab buat macam itu ini kat kau. aku sebenarnya orang yang bebas. as long as the respect is still there im okay with everything. so kalau boleh aku pun nak kau "bebas" dengan aku. aku harap aku dapat jadi tempat penghilang stress instead of stress giver. just chill and be you je dengan aku! but chill in nice decent way of course lol
jangan kecil hati tapi kau antara orang yang senang aku nak baca.
tapi tulah, takut nak tanya.
bila dah banyak sangat berdiam aku jadi seorang yang ego dan emotionless kekadang dimana aku tak bagitahu apa yang aku fikir secara jujurnya. sebab aku tahu aku tak mampu untuk buat apa-apa. aku tak tau apa yang ditakutnya so aku kagum dengan orang yang tak takut untuk betulkan yang salah, biasakan yang betul
macam kau.
aku tahu kau ada ego yang tersendiri jugak. tapi bila kita gaduh kali kedua tu then untuk kau ada courage sebanyak itu untuk minta maaf, aku jadi cair. rasa nak peluk je masatu tapi tuh lah ict depan mata ego dalam hati :/
bukan nak burukan yang lain, ni just pendapat aku.
aku rasa kau dah okay dengan diri kau sekarang. just bila orang sekeliling kau mula buat sesuatu yang kau tak buat, kau akan terikut ikut. contoh dalam bilik. bila 2 orang rakan seperjuangan kita duk mencarut bila melihat, bercakap sesuatu, aku perasan yang kau pun terikut ikut macam diorang. maafkan aku kalau aku salah. ni just pendapat aku ttg kau yang dah lama terkubur dalam hati.
lastly, maafkan aku kalau aku ada tersilap bahasa, langkah, perkataan kat kau selama kita bersama ni. kau kena percaya kekadang yang aku tunjuk kat kau tu bukan 100% genuine! aku masih cuba untuk kawal hati ini sebaik mungkin. semoga kita boleh jadi sahabat sehingga syurga. terima kasih kerana terus support lawak busuk aku ;>
ps: pasal giveway tu sumpah aku terkejut! but past is past. jangan percaya sangat giveway sebab aku pernah try lebih dari 10 kali semua kalah. nanti ada rezeki aku belanja tudung eh.
love you, saranghae
24122017
0330am

