kau yang mana?
▶ 18 December, 2017 6:32 AM 0 comment
assalamualaikum

pernah tak jumpa orang kali pertama dan cuba untuk masukkan dia dalam kategori tertentu?
"oh dia ni mesti jenis yang muka gangster tapi hati selembut aiskrim"
"oh dia ni mesti jenis yang loner tapi actually nak kawan"
"mesti dia jenis yang penakut"
"yang tak buat kerja"
"yang semua orang nak kawan"
"yang itu"
"yang ini"
-
korang tau tak penyakit ni bahaya? bahaya untuk minda untuk orang sekeliling kita. kenapa? sebab dia jadikan kita ni orang yang jenis cepat menghakimi. sampai sekarang aku masih pegang kata sesorang ni (yang aku lupa,sorry)
"kalau kau buat dia macam itu, mesti orang lain akan buat kat kau"
aku tak tahu kenapa tapi kata ni lah yang restrain dan dalam masa yang sama membenarkan aku untuk buat atau tidak buat sesuatu pada seorang. aku manusia jugak. ada masa aku dalam kekeliruan. patut ke aku tolong dia sedangkan dia kianat aku? patut ke aku tolong dia sebb aku benci dia? tapi dengan kata-kata ni, alhamdulillah aku boleh buat sesuatu yang aku tak menyesal kemudian hari.
"hari ni hari dia, mungkin suatu hari nanti, hari kita pulak"
and things go on.
kalau korang jenis yang ada penyakit bahaya ni better stop. sebab bende ni yang menghalang kau dari kenal sesorang itu dengan lebih mendalam. sini aku bagi kau satu contoh:
aku.
nasib aku diletakkan dalam kelas yang pelajarnya dari society yang sama dengan aku dan budak dia bukan budak yang budak budak (ok lolz) senang cerita, budak dia hebat. so aku kenal mereka dari society bukan dari segi academia so bila kami dah satu kelas aku dah lama kunci mereka ni semua dalam satu kategori dalam otak aku iaitu kategori "budak taraf yang lain". alahai bengok nya aku masa itu bila aku fikir semula. walaupun ni short sem, sekarang dah nak habis aku rasa sedih. sedih sebab tak dapat nak jadi member dengan diorang. aku baru sedar yang diorang ni hebat tapi dalam masa yang sama mereka ni masih manusia biasa plus budak lagi. ada saat mestilah nak dilayan seperti rakan sebaya yang biasa dan mesra. tapi sebab ego aku yang pi letak depa semua dalam satu kotaq ha padan muka hang
so gais, nevertheless what kind of person you are, if you think your way is wrong, it is never too late to not to be you. explore more and do foolish things in order to know about yourself :)
ps: rip jonhyung shinee :(((( they said shinee is the only group that last long for 7 years. now one of them had gone....
1025pm
18122018