cuba sendiri
▶ 18 November, 2017 7:40 AM 0 comment
assalamualaikum

kisahnya dari semalam dan harini. so sejak dah masuk sem 2 ni aku banyak join program yang buatnya di big campus, gombak. adalah bayaran sikit but overall not regretting it at all. syukur. first first masa first time gi gombak rasa excited semua sebb ialah kat situlah aku akan spend my another 4 years achieving my dreams. and how adult-ish it was like. but baru perg 4 kali aku dah rasa aku akan bosan kalau aku tak explore or do what i truly wanted.
last night lepas tengok teater aku dengan A saja mahu jauhkan diri dari kekacauan jadi kitorang keluar dari audi pergi tempat yang tak ramai orang. lepas tu rasa macam ada banyak masa lagi so kitorang ingat nak solat isya' dulu before balik. benda bila Allah dah cakap terjadi maka terjadilah dia. Aku, buat pertama kali jatuh terseliuh. terseliuh da lain macam bukan sebab aku terlanggar batu ke apa. Before aku jatuh tu kaki aku rasa macam berpusing sekejap. ini semua sebab salah diri sendiri. masa otw ke masjid, jalan arah lain, ingatkan boleh sampai awal. sekali bila tengok tak boleh jalan, kami jalan tempat yang sebelum ni. sekali ada kucing. comel sangat. dia ikut kitorang jalan. sampai lah aku berlari pun dia ikut berlari dibelakang. aku dengan gembira ala ala buat iklan kucing kesayangan tersungkur. yang comelnya, kucing tu sibuk juga nak tolong kawan aku rawat kaki aku. sampai kucing tu jilat kaki aku hahaha lol
tapi yang tak bestnya, esok aku ada netball competition :(
sorry teammates aku tak boleh nak bagi yang terbaik dimana aku pasti kita boleh buat yang lebih lagi.
but, today post is not for that point.
harini aku nak bagitahu apa aku fikir kat university ni. one of prestigious university in malaysia..
macam biasa aku akan ingatkan aku asal dari mana dan macam mana aku boleh terfikir pasal benda ni. aku asal dari sekolah biasa, kawan aku biasa biasa, keluarga pun biasa biasa. jadi bila aku mula "mengenal" budak budak kat university ni aku mula rasa sedih. sedih sebab tengok betapa banyak nikmat Allah kurniakan kat mereka tapi begitu sikit mereka memahaminya.
aku jenis yang tak boleh tengok orang yang tak puas hati dengan semua benda bila benda yang diberi tu sudah lebih dari cukup. bayangkan sedang kita merungut tiada makanan yang 'di-craving', tiada pakaian yang sama, tiada rakan yang boleh memahami, tiada apa yang dia ada, ada sesorang di luar tu yang berusaha susah payah siang malam cuba untuk mendapatkan sekurang kurangnya 5% of what we are having.
how can you say you have the worst life among all when all you've been thinking about is only yourself? how can you complaining how bad the food was when all you been eating until now is only gold?
bersyukur, alhamdulillah, kekal positive
itu perkara yang kau kena fikir dahulu bila timpa masalah. percayalah ada sesuatu yang perlu kau pelajari dari masalah tersebut.
aku rasa dah muak.
dah penat dengan orang yang susah betul nak bersyukur.
bila bercakap, sibuk dengan hal dunia sahaja.
bila berbual sibuk memberitahu telefonnya sahaja
bila bersama sibuk dengan dirinya sahaja.
kita bukan seorang diri kat dunia ni. ada lagi yang lain. ramai yang tak dapat apa yang kita dapat sekarang ni. jadi cubalah, keluar dari zon selesa itu dan cuba hadapi masalah itu dengan kedua tangan sendiri.
11:44pm
181117