usrah
▶ 03 September, 2017 8:49 AM 0 comment

assalamualaikum
Satu perkataan tapi dijalankan dengan penuh ilmu dan insyallah keberkatan. Alhamdulillah masuk uia ni depa buat setiap minggu selasa malam ialah malam usrah dimana naqibah(untuk perempuan dan naqib untuk lelaki) untuk lead setiap kumpulan dalam usrah.
First time aku join usrah dulu ialah masa kat jepun. Aku sejenis orang yang bila dah join aktiviti agama dan disuruh untuk buat sesuatu aktiviti yang aku tak pernah buat aku akan nervous. Yelah, kurang ilmu agama. Jadi masa first time akaks2 kat jepun tu habaq yang "nanti akan ada usrah" dalam hati aku mula berbisik apakah usrah tapi aku tak bertanya kepada sesiapa sehingga lah usrah tu mula. Jadi masa first time aku join usrah tu aku sangat sangat sangat jatuh cinta kepada usrah. Tak sangka ilmu agama boleh dikongsi dalam bentuk yang begini dan kita berkongsi ilmu dengan sesorang yang dalam lingkungan umur kita. Masa tu naqibah(orang yang lead dalam usrah) tu tua dalam 2 3 tahun je dari aku. Kira ibarat kakak aku juga lah. Dia pulak, dikenali dengan nama AD sangatlah ceria perwatakkan nya dan bila nak usrah je aku seronok sebab naqibah aku yang semangat dan penuh ilmu.
Jadi bila kat uia, bila nak usrah aku jadi seronok. Selain daripada dapat halang kelas daripada dijalankan , aku rasa macam usrah tu waktu untuk diri aku. Waktu aku mengenali Allah. Yelah kita kelas dari pagi sampai petang then kekadang malam ada meeting jadi waktu untuk diri aku kekadang susah nak dapat. Apalagi aku dengan Allah. Syukur universiti ini mengaplikasikan event yang sebegini dalam seminggu.
Aku tak ingat dah berapa minggu kami buat usrah ni tapi semalam ialah malam terakhir sebab dah nak dekat final exams. Hari terakhir tu lah aku bagitahu umur aku kat naqibah aku tapi taktahu kenapa jiran yang duduk kat bilik depan lagi surprised dari naqibah tu sendiri haha
Kami 10 orang kongsi pandangan, idea dan juga tangisan dalam semua waktu kami ber-usrah. Alhamdulillah, benda ini tak pergi dalam keadaan yang sia sia.
Looking forward to more religious activities within this campus. And may the odds be in yout favour for another 2 sem together . Last, Aku bukan ulama, tapi aku cuba untuk mendapatkan ilmu.