selamat tahun baru
▶ 21 September, 2017 6:00 AM 0 comment

assalamualaikum w.b.t
alhamdulillah hari ni genab 1439 Hijrah dalam kalender Islam. Selamat tahun baru, Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam diluar sana!!!
alhamdulillah Allah bagi kita kesempatan untuk menyertai mereka pada tahun yang baru ini untuk bertaubat kepada-Nya.
so dah masuk tahun baru ni. buku kiri kanan dah masuk buku baru. rasanya buku sebelum ni mana lagi banyak chapter? yang kiri ke kanan? hehe saja gurau.
pernah tak terfikir kenapa kita yang banyak dosa ni Allah masih bagi peluang untuk hidup panjang? cuba bayangkan kita buat salah kat boss kita or cikgu kita, on the spot kan kena balasannya. terus dimakinya gitu. tapi Allah tak, Dia masih sabar dengan kita kerana dia tahu kita akan berubah suatu hari. in Shaa Allah.
hari ni aku nak cerita sikit pasal sesorang yang aku kenal. tak lama, baru 5 bulan kenal. itu pun atas nama guru dan pelajar :) jodoh aku untuk bertemu dengan beliau. beliau ni sangat sangat sangat tabah. aku kalau ditempatnya aku tak tahu kalau aku ni boleh berfikir atau menjalani hari seperti biasa atau tidak. first impression kat dia ialah aku takut kat dia. sebab aku rasa dia ni menakutkan, nampak macam tak layak untuk ajar aku bahasa arab tapi yelah aku cuba positifkan diri by not judging him through his appearances. Dua minggu lepas tu aku dapat tahu dia tengah bertarung dengan kanser. Patutlah aku selalu sangat nampak dia lemah, penat sahaja rupanya tengah bertahan dalam perjuangan. Alhamdulillah, dia menang. tapi apakah daya kemenangan itu rupanya hanyalah sementara. selepas itu, dia terpaksa berjuang dengan kematian anaknya. anaknya yang baru sahaja lahir. ingat lagi time masetu lepas buat essay arab yang mengarut, dia tunjuk gambar isterinya. "cantik kan isteri saya..." itu yang diungkapnya. aku terkejut sebab tak percaya isteri dia cantik gila kot!
dua tiga hari lepastu, kami satu kelas dikhabarkan dengan berita gembira yang anaknya baru sahaja lahir. alhamdulillah hensem sepertinya katanya. tapi selepas beberapa minggu kami dikhabarkan dengan berita buruk bahawa anaknya iaitu anak syurga, tak dapat nak bertahan lama. masa yang diluangkan bersama hanyalah 19 hari....
aku masih kuat mendengar
selepastu
berlaku kematian lagi.
anak sulungnya telah meninggal dunia kerana keracunan makanan. Innalillahwainnahirojiun.
sedih, perit, sebak, tak tahu nak cakap apa masetu. bila aku mendengar ceritanya, memandang matanya, aku tak tahu lah apa yang difikirnya. disebalik kesedihan itu, dia masih memikirkan pelajar nya disini. sumpah aku cakap yang aku tak kisah kalau subjek tu aku gagal nanti tapi aku tak nak dia gagal dalam kehidupan.
"ini sebahagian daripada dugaan yang saya terima, saya tahu ini semua dalam perancangan Allah.."
tatkala orang beriman diuji dengan kesedihnya, dia akan terus memikirkan Allah.
itu yang aku hormat tentangnya.
bayangkan macam mana kita ditempatnya? di uji dengan bukan sahaja sekali kematian tapi dua kali. betapa kuatnya iman guru ku itu, sebagai seorang lelaki, guru, suami dan juga hamba Allah.
moga tahun baru kali ini, kita positif akan setiap ujian yang kta terima kerana sesungguhnya, Allah tidak akan memberi ujian kepada hambanya yang tidak mampu....