coincidence or --
▶ 09 January, 2017 5:32 AM 0 comment


Nak main ski. Tapi salji takda! Wakakakkakaka

assalamualaikum
こんにちは。
Hujung bulan 12 masa tu aku jadi malaysian jap. Cuti jadi exchange student untuk seminggu. Masa first time jumpa sorang akak malaysia yang study kat Jepun kat masjid masa tu aku tanya dia kalau kalau ada aktiviti "ke-Malaysia-an" kat jepun ini. So dia pun invite aku pergi Winter Gathering. Winter gathering is under IPIJ which stands for Ikatan Persaudaraan Islam Jepun. Benda ini semua orang Malaysia Islam yang belajat atau bekerja kat Jepun terlibat. Bila first time sampai tempat Gathering tu aku macam culture shock sikit. Macam wow kenapa ramai sangat orang cakap melayu ni. Lolz

So untuk 4 hari 3 malam aku belajar pasal Islam kat situ. Serius tak tahu pun Gathering tu pasal keagamaan. Tapi dah Allah pilih aku untuk jadi salah seorang perserta yang mendengar taklimat ustaz tu aku dah rasa bersyukur, bangga dengan diri sendiri. Mungkin Allah nak aku belajar sesuatu kat Jepun ni. Kat situ aku jumpalah akak akak (i maknae ok) yang study dan kerja kat Jepun. Seluruh Jepun. Mostly student lah aku jumpa. Akak akak yang sedang buat degree kat Jepun. Alhamdulillah banyak sangat aku belajar dari diorang sebelum aku masuk uni nanti. Diorang juga buat aku pasang impian nak study sampai ke luar negara. In Shaa Allah.

Actually before the gathering aku duduk rumah seorang akak yang tengah buat PhD kat kanazawa. Akak yang sama aku jumpa kat masjid aritu. Sebelum pergi rumah akak tu aku tumpang rumah pelajar lain untuk sekejap. Dan untuk sekejap tu jugak aku dapat rasa macam  mana perasaan bila kita masuk universiti luar negara. Maklum lah minat cardcaptor sakura sejak 10 tahun. Jadi dulu masa kecik kecik ada lah impian nak sambung belajar kat Jepun. Tapi bila dah masuk sekolah menengah dah sedar yang tak semua course yang kita nak ada kat Jepun aku pun matikan niat aku untuk sambung sana. Alhamdulillah ada rezeki jadi budak sekolah menengah jepun untuk setahun. Alhamdulillah juga aku dapat rasa jadi uni student yang belajar kat Jepun untuk seminggu. Siapa sangka aku akan rasa pengalaman ni dalam masa setahun? Jadi masa tumpang kat rumah pelajar lain tu aku join diorang main bole tampar dengan student malaysian lain. Rasa seronok. Rasa tak sabar nak masuk uni.

Gakusei san tachi (semua uni student) yang belajar kat jepun ni aku tak sangka diorang punya relationship begitu rapat. Walaupun ada yang duduk Tokyo diorang masih rapat dengan mereka yang duduk Ishikawa. Aku rasa benda macam ni lah yang membuatkan mereka tidak putus harapan dan tidak mengalah bila belajar kat negara orang. Sebab aku sendiri lepas jumpa diorang rasa lebih semangat nak balik rumah host family kekekeke

Dah lama plan nak post benda ni. Kalau boleh habis je Gathering tu aku nak post tapi sebab ada speech competition, aku tangguh. Gomen. Semalam aku baru je habis buat speech competition! Tak tahu menang no berapa (yang pasti bukan top3) aku tetap rasa puas! Lega gila bila dah habis. Takpayah aku duk menghafal perkataan2 jepun tu lagi . Harini pulak (9/1/16) aku pergi karaoke untuk pertama kalinya. Dah lama nak pi cuma tak tahu macam mana nak pergi then kawan pun takda ajak i was like ohkeeeyyyy. So hari ni aku rasa aku nyanyi dalam 20 buah lagu (dont judge) japan punya karaoke memang seronok! (Kalau anda jenis yang suka lagu omputih/jpop/kpop) so kalau mai jepun jangan duk asik melawat temple, datang tempat karaoke juga ye mwehehehehe

ps: esok sekolah start officially after winter vacation. So lagi 30 hari tinggal nak balik malaysia oiiiiii 😢😢😢