2 minggu
▶ 22 January, 2017 7:39 AM 0 comment


Assalamualaikum

2 minggu. Ya. Lagi dua minggu aku nak tinggalkan tempat yang dulu aku tak tahu apa apa pun. Tempat yang aku tak tahu pun kewujudannya. Tapi setiap perjumpaan pasti ada perpisahan, dan aku akan cuba untuk kekal tabah.

300 hari di negara asing banyak sangat benda aku experience. Dari asal usul negara sampailah ke perangai manusia kat sini. Ada penyesalan tak? Mestilah ada. Manusia takkan lari dri menyesal melakukan sesuatu. Tapi disebalik penyesalan pasti ada kesyukuran. Syukur dengan nikmat disebalik penyesalan. Aku tak tahu bila aku akan update lagi sebab hidup aku Allah rancang jadi aku taknak janji. Tapi aku nak bagitahu yang kalau kau takut melakukan kesilapan kau tidak akan berubah dari diri kau yang semalam atau hari ni. Jadikan hari esok sebagai satu hari untuk kau buat sesuatu yang kau rasa takut dan lemah. Percayalah bahawa disebalik kelemahan tu ada kekuatan yang kau tak kenal selama ni

Ya Allah, aku tak tahu apa maksud ini atau adakah maksud yang tersembunyi tapi sejak hari hari ni ramai orang disekeliling aku meninggalkan aku. Selama aku pergi tinggalkan tanah air, ramai orang yang pernah aku jumpa dan berbicara pergi bertemu Allah. Siapa sangka dia yang kita cakap hari ini akan meninggalkan kita pada hari esok? Ya Allah aku mohon perlindungan dari mu untuk keluarga ku serta diriku. Amin ya rabbal alamin

Mungkin sebab tinggal lagi 2 minggu, emosi aku mcm rojak. Tapi mostly rasa macam rojak yang terletak banyak sambal. Sebab tu rasa nak nangis je hari demi hari.

2 minggu setengah tinggal aku tak mintak banyak, cuma mintak semua urusan disini dipermudahkan sehingga sampai ke Malaysia. Mintak supaya aku sempat ucapkan terima kasih kepada semua yang aku jumpa selama setahun aku di negara matahari terbit ni. Mintak supaya semua tidak melupakan aku. Selamanya.


Labels: ,