kekasih Allah
▶ 13 December, 2016 7:00 AM 0 comment



Assalamualaikum
12 Disember 2016, bersamaan dengan 12 Rabiuawal 1437H/1438H. Jadi pada tanggal ini genaplah XXtahun Rasulullah meninggal kan kita. Ya Allah sumpah aku tak tahu langsunh tarikh ni ialah maulidur rasul. Sebelum ni kat malaysia boleh lah ingat sebb cuti umum. Sebab sekolah minta derma. Sebab cikgu suruh pakai baju kurung. Sebab ada pertandingan kain bentang sempena maulidur rasul. Baru je setahun aku meninggalkan sekolah, duduk di negara orang, aku lupa. Padahal masih dibumi Allah.  

Pembelajaran di Jepun ni sangat lain dari Malaysia. Biasalah setiap benda ada buruk baik nya. Jadi sekrang aku nak kongsi apa yang kurang dalam pembelajaran di sekolah jepun sempena entry maulud kali ni. 

Kat sini takde subjek agama. Sekolah agama lagilah takda. Tapi sekolah biasa berteraskan keagamaab tu ada. Macam sekolah convent gitu. Tapi takde lah dalam syllybus sekolah kena pass subjek agama. Agama ibarat watak sampingan di negara maju ini. Sedih. Sangat sedih bila kita sedar benda ni. Aku bukanlah dari keluarga yang kuat agama ataupun seorang Hafizah tapi yang penting, sekolah yang aku pergi, keluarga aku, cikgu rakan rakan aku, semua tahu agama mereka. Maksud aku, mereka sedar mereka hidup dibumi ni kena ada agama. Agama nombor 1. 

Memang pelik macam mana negara yang maju macam ni boleh kekurangan satu benda yang penting dalam kehidupan; iaitu Agama. Tak kisahlah agama apa pun, tapi jarang aku jumpa orang jepun yang ada 1 agama. Mostly, atheist ot mengamalkan pelbagai agama. 

Post aku kali ni bukan nak mengutuk, tapi dengan harapan dapat menyedarkan. Tak tahulah siapa yang baca tapi aku harap yang baca boleh faham apa yg aku cuba sampaikan. 

Rasullulah , kekasih Allah banyak berkorban untuk kita. Jadi jangan lah kamu kedekut untuk menyedekahkan selawat keatas Beliau. Kalau lupa nak buat hari hari pun takpa, berselawatlah kamu pada hari jadi beliau. Seperti hadiah untuknya. 
Salam maulidur Rasul bagi semua yang mengenali Nabi Muhammad S.A.W.

Labels: