sebab aku
▶ 27 March, 2015 10:26 AM 0 comment
rasa ingin curahkan
apa yang aku simpan
tapi aku berhenti
sebab aku yakin
aku bukan seperti mereka
rasa ingin lepas
tapi aku terus pegang
sebab aku yakin
dia perlukan sesorang
rasa ingin jerit
kerana tekanan jiwa dan perasaan
tapi aku yakin
aku boleh buat lebih baik
rasa ingin sembunyi
kerana malu akan kata orang
tapi aku tersedar
kata hanyalah suara
rasa ingin berhenti
dan tolak semua tekanan
yang tak berhenti memakan diri
tapi aku yakin
aku yang kawal aku
rasa ingin jatuh
tapi aku bangkit
sebab aku yakin
aku boleh
dan
aku ialah aku